Success Stories

Charles, 29
tahun (bukan nama sebenar) ialah seorang eksekutif jualan serantau yang
berjaya. Beliau dan isterinya mempunyai dua orang cahaya mata yang comel.
Beliau sentiasa tahu bagaimana untuk menguruskan wang dengan baik dan
mengamalkan cara hidup dalam kemampuan.

Charles sudah
bertahun- tahun menggunakan kad kredit secara berhemat. Beliau juga tidak
pernah menyalahgunakan kad kredit dan sentiasa melunaskan pembayaran semula
dengan kadar yang segera. Namun begitu, beliau tidak pernah membuat simpanan
wang untuk kegunaan di waktu kecemasan. Ini menimbulkan masalah kewangan kepada
beliau.

Selain daripada
isteri dan anak-anak, Charles juga turut menyara bapanya yang semakin meningkat
usia. Apabila bapanya memerlukan wang untuk kos prosedur rawatan, beliau akan
bertanggungjawab untuk membayar kos rawatan tersebut.

Masalah Charles
bermula apabila satu hari, beliau terpaksa menggunakan kad kredit untuk
membayar kos rawatan perubatan bapanya kerana pada ketika itu, beliau mempunyai
komitmen kewangan yang lain dan tidak mempunyai simpanan kecemasan. Tidak
beberapa lama selepas itu, apabila menerima notis daripada pihak bank, barulah
beliau sedar bahawa beliau tidak mampu untuk membuat pembayaran semula kad
kredit tersebut.

Pertengkaran
besar telah berlaku di antara Charles dan isterinya menjadikan keluarga itu
tertekan. Hal ini adalah kerana mereka tidak tahu bagaimana untuk berurusan
dengan pihak bank dan dikhuatiri mereka tidak lagi mampu untuk menanggung
perbelanjaan harian mereka sendiri.

Charles mendapat
tahu tentang perkhidmatan kaunseling kredit dan program pengurusan kredit (PPK)
yang ditawarkan oleh AKPK lalu segera menghubungi pihak kaunselor AKPK bagi
mendapatkan bantuan. Setelah berbincang dengan pengeluar kad kredit terbabit,
AKPK berjaya mengurangkan pembayaran hutang bulanan Charles sebanyak
dipersetujui oleh kesemua pihak.

Charles telah
mendaftar dirinya dalam PPK yang AKPK sediakan dan turut mengikuti jadual
pembayaran balik yang diberi. Beliau berhajat untuk menyelesaikan tunggakan kad
kredit walaupun jumlahnya agak besar. AKPK mencadangkan beberapa penyelesaian
dan mengajar Charles cara-cara membuat bajet dengan betul dan mengurangkan
perbelanjaan yang tidak perlu atau tidak penting.















Charles menerima
nasihat itu dan berjaya menyelesaikan sepenuhnya hutang kad kredit yang
tertunggak. Beliau juga mampu menyimpan sejumlah wang baki daripada bayaran itu
ke dalam akaun simpanannya. Kini Charles boleh menarik nafas lega kerana
masalah kewangan beliau telah dapat diatasi dengan baik.