Success Stories

Kamarul kecewa sekali lagi. Perasaan diri yang tidak berguna tidak dapat hilang dari diri beliau. Agak tidak masuk akal bagi Kamarul kerana dalam 6 tahun, beliau kehilangan 6 pekerjaan. Kamarul tidak percaya bahawa dalam purata setahun beliau kehilangan 1 pekerjaan dan terfikir jika ada lagi mereka di luar sana yang senasib dengan beliau. Nasib kamarul bermula dengan krisis ekonomi negara. Beliau tidak mempunyai perancangan kewangan ketika kecemasan dan tidak pernah menabung untuk keselamatan. Kamarul berasa tidak perlu menabung untuk keadaan kecemasan kerana bagi beliau keadaan kecemasan tidak akan berlaku. Bila Kamarul ditawarkan satu-satunya pekerjaan dan dibayar hanya RM 600 sebulan, beliau mula berfikir bagaimana beliau hendak menyara keluarga dan ibunya yang sakit.

Kamarul pernah meminta bantuan kewangan daripada rakan dan keluarga yang mana perkara ini memang tidak disukai oleh beliau. Tetapi beliau tidak mempunyai pilihan lain lagi. Bantuan dari mereka kadangkala tidak mencukupi dan apabila beliau serik meminta, beliau menggunakan kad kredit untuk perbelanjaan. Lama kelamaan Kamarul selesa menggunakan kad kredit kerana beliau boleh berbelanja dengan senang dan boleh membeli apa yang beliau mahu. Dengan adanya kad kredit juga Kamarul tidak perlu lagi meminta bantuan dari rakan dan keluarga beliau.

Pihak bank kerap menaikkan kadar kredit pada kad kredit beliau dan ini lebih menggembirakan beliau. Pada asalnya kadar kredit bagi enam kad kredit beliau hanyalah RM 20,000 tapi melonjak kepada RM 245,000 dalam masa setahun. Beliau telah membuat tanggapan yang salah yang mana beliau hanya perlu membayar kadar minimum pada kad kredit dan bakinya boleh dibayar kemudian. Kamarul sepatutnya sedar bahawa terdapat faedah terkumpul dari semasa ke semasa ketika beliau sibuk berbelanja menggunakan kad kredit secara mewah.

Kini Kamarul sering diganggu oleh pihak pemiutang. Beliau sudah letih berpindah sebanyak tiga kali selama dua tahun akibat ingin melarikan diri daripada pihak pemiutang tersebut. Kamarul bertekad untuk menjaga keluarganya dari segi kewangan dan beliau berusaha bersungguh-sungguh untuk mencari pekerjaan. Beliau akhirnya mempunyai pekerjaan dan gaji yang stabil. Kini Kamarul sedang menunggu kelahiran anak pertama beliau dan beliau perlu membina kembali hidupnya semata-mata untuk kesenangan bakal cahaya mata beliau. Tetapi beliau terlalu banyak mempunyai hutang dan akhirnya membuat keputusan untuk meminta bantuan dari AKPK.

AKPK menghantar kertas cadangan kepada enam institusi kewangan untuk pengecualian kadar faedah dan caj lain. Ia merupakan pengecualian daripada jumlah hutang berjumlah RM 244,738. Satu langkah yang terpuji oleh agensi tersebut. Tawaran tersebut diterima oleh kesemua enam bank tersebut. AKPK juga berunding supaya bayaran bulanan dibuat dengan kadar yang mampu dibayar oleh Kamarul. Kamarul tidak percaya bahawa AKPK mampu membantu beliau sebegitu rupa. Kini Kamarul dapat membina kembali impian beliau tanpa risau akan gangguan daripada pihak pemiutang.