#SuccessStories - Encik David

Ini kisah benar! Baca sampai habis kisah pendek ini.

En David (bukan nama sebenar), berusia 49 tahun, merupakan bapa kepada tiga orang anak yang tinggal di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur bersama keluarganya. Beliau berjawatan tinggi di syarikat multinasional dan berpendapatan melebihi RM100,000 setahun.

Pada zahirnya, kehidupan En David sekeluarga serba mewah tetapi ramai tidak tahu, termasuk beliau sendiri, bahawa hutang tertunggak kad kreditnya mencecah RM 200,000!

En David hanya menyedari perkara ini apabila permohonan pinjaman untuk membeli rumah di kawasan Lembah Klang ditolak oleh bank kerana rekod pembayaran pinjaman yang tidak baik. Beliau didapati lewat membayar hutang selama beberapa bulan. Semua rekod ini terdapat dalam laporan kredit (CCRIS).

Pegawai bank tersebut menyarankan En David untuk ke AKPK.

Di pejabat AKPK, En David mengaku bahawa sebelum ini beliau tidak pernah menyemak penyata kad kreditnya dan hanya membayar amaun minimum 5% setiap bulan bagi kesemua kad kreditnya. Kaunselor AKPK selanjutnya membantu beliau melalui Program Pengurusan Kredit (PPK) untuk membayar balik pinjaman.

AWAS! Jika anda mempunyai BANYAK KAD KREDIT, TIDAK TAHU BERAPAKAH HUTANG KAD KREDIT ANDA sekarang, atau anda HANYA MEMBAYAR AMAUN MINIMUM bil bulanan kad kredit, anda sedang menempah masalah kewangan.

Hubungi AKPK segera di 03-2616 7766 untuk mengetahui kedudukan kewangan anda malah membetulkannya, SECARA PERCUMA. Jangan bertangguh lagi. Bertindak segera!