#nasihatAKPK

Apa perancangan anda jika anda…

• Berumur 25 tahun,
• Bujang,
• Bekerja di agensi kerajaan, dan
• Bergaji bulanan hampir RM2.9K?

Bandingkan dengan bagaimana seorang pelanggan AKPK ini telah membelanjakan jumlah pendapatan bulanan tersebut…

• Hebat! Beliau melancong ke luar negara bersama rakan-rakan. Dalam tempoh 3 tahun sahaja, beliau telah melancong ke 6 negara iaitu kumpulan negara Skandinavia, AS, Australia, New Zealand dan Jepun.
• TETAPI, beliau menggunakan pinjaman peribadi dan kad kredit untuk membiayai hobi beliau.
• SUDAHNYA, jumlah bayaran balik pinjaman dan hutang kad kredit adalah RM2,940 sebulan melibatkan 7 bank.

Jelas beliau tiada pengetahuan dalam pengurusan kewangan peribadi.

Nisbah pembiayaan hutang beliau dibiarkan sehingga 100% (jumlah pembayaran balik bulanan sama dengan jumlah pendapat bulanan) walaupun beliau ada membuat perniagaan online.

Apa akibatnya?
• Hutang beliau kian bertambah kerana beliau tidak dapat memenuhi komitmen kewangan bulanan.
• Pihak bank menelefon beliau bertalu-talu.
• Beliau rasa tertekan.
• Beliau tidak menjawab panggilan dan turut menukar nombor telefon.
• Beliau mula menjauhi rakan-rakan kerana malu dan sedih apatah lagi masalah beliau sudah mula diketahui.
• Kesihatan mental dan fizikal beliau mula terganggu.

Apa tindakan AKPK?
• Memasukkan 3 kad kredit dan 2 pinjaman peribadi ke dalam Program Pengurusan Kredit untuk pengurangan bayaran balik bulanan.
• Nisbah pembiayaan hutang beliau berkurang daripada 100% kepada 71%.

Apa nasihat AKPK?
• Pada permulaan kerjaya, adalah lebih bijak untuk melancong dalam negara.
• Melancong ke luar negara memakan kos yang besar sedangkan ia bukan satu keperluan tetapi kemahuan. Kedua-duanya perlu dibezakan.
• Perancangan yang rapi perlu dibuat untuk melancong termasuk membuat simpanan tanpa perlu membuat pinjaman baharu.
• Tabiat menyimpan 10% - 30% daripada pendapatan boleh dimanfaatkan untuk pelbagai kegunaan termasuk melancong.