Diari Seorang "Aku" - Siri 1

“Sudah gaji rupanya hari ini, 25hb. Aku segera melakukan perbankan internet, bayar sewa rumah RM400.00, ansuran motosikal RM230.00, bayar bil elektrik RM42.00, bil air, yang ini aku suka sebab masih percuma, bayar pinjaman pelajaran yang aku ambil dulu RM180.00, aku bayar ansuran telefon bimbit beserta bilnya sekali RM210.00, bayar pinjaman peribadi RM260.00 dan akhir sekali, aku bayar duit kutu RM200.00. Setelah ditolak semua, masih berbaki RM578! Masih boleh hidup (hatiku berbisik).

Bosan rasanya melepak dirumah sendirian tanpa melakukan apa-apa. Aku mencapai helmet, dengan motosikal yang masih belum jelas pinjamannya, aku memecut menuju ke bandar. Aku sudah berjanji dengan Munah untuk berjumpa dengannya. Aku ajak Munah menonton wayang cerita baru. Aku yang ajak, makanya aku yang harus keluar belanja. Aku rasa ini memang perkara biasa. Kira punya kira, dating dengan Munah, lebur jugaklah RM150.

Hari ini baru 2hb, aku masih ada 23 hari lagi sebelum gaji dan aku masih punya baki RM400! Ini pun aku belum bagi dekat mak aku atau tiba-tiba adik-adik minta bantuan, makan minum aku untuk 23 hari lagi. Cemas, inilah keadaan aku tiap-tiap bulan, sentiasa cemas!

Siapa yang merasakan dirinya sama seperti diatas? Bulan belum habis, tetapi gaji sudah habis! Macam mana hendak elak? Terlalu banyak tip sebenarnya, kerana Mr Google boleh tolong carikan! Tetapi, tip yang banyak tidak berguna andai diri tidak cukup kuat untuk mempraktikkannya. Kita akan kongsikan cadangan yang lebih jitu sekiranya anda mampu untuk menjawab semua persoalan dibawah:

1. Adakah anda akan membiarkan diri berada didalam keadaan cemas setiap bulan? Hidup bersandarkan gaji semata-mata?

2. Dan, berapa lama anda mampu membiarkan ia berlaku?

3. Adakah anda mampu untuk menanganinya?

4. Tidakkah anda mempunyai impian, seperti hidup berkeluarga, membeli rumah dan memiliki hartanah dan menjalani kehidupan yang lebih selesa tanpa tekanan?

5. Pernahkah anda terfikir bahawa apa yang anda usahakan hari ini, adalah untuk persediaan masa depan?

Pastikan anda mengikuti artikel kami yang seterusnya bagi mengetahui dengan lebih lanjut kisah “Diari Seorang Aku” ini….stay tune!!!